KejadianLaut Merah di Pantai Sabah Sejak seminggu yang lepas smp la kena hari ni(04 April 2012), keadaan laut di Sabah amatlah pelik sebab telah bertukar menjadi warna merah darah. Keadaan ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.
KONTINGENIndonesia dipastikan tampil sebagai juara umum dalam gelaran ASEAN Para Games (APG) XI 2022 yang berlangsung di Jawa Tengah. Dilansir dari laman resmi APG 2022 hingga Jumat (5/8) pukul 21.00 WIB, kepastian itu diperoleh tim Merah Putih usai mengumpulkan 170 medali emas, 137 perak, dan 110 perunggu.
MenurutUtusan, fenomena laut merah atau dikenali sebagai 'red tide' yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel Semalam Utusan Malaysia melaporkan fenomena laut merah yang melanda negeri Sabah sejak dua bulan lalu telah mengorbankan dua mangsa berusia 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan
MisteriFenomena Air Laut Merah Di Sabah ! Sebenarnya tak la misteri mana pun. Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal
Yahyaberkata, fenomena laut merah atau dikenali sebagai 'red tide' yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan 'phytoplankton dinoflagellate' dalam air laut.
Dinegeri Sabah, fenomena laut merah ini adalah fenomena semulajadi yang kadang-kadang berlaku. Red tides ni juga baru sahaja berlaku pada bulan oktober tahun lalu (2012) di pantai California. Ia berlaku disebabkan oleh mikroorganisma dinoflagellates yang secara semulajadinya berada di laut tiba-tiba membiak dengan cepat (explosion).
. Beberapa hari dulu, saya terbaca mengenai fenomena laut merah red tides yang berlaku di Sabah. Fenomena laut merah itu sudah menyebabkan saya rasa curious untuk tahu dengan lebih dalam mengenai hal ni. Tetapi memandangkan esok ada kerja penting yang perlu saya lakukan, jadi tak boleh menghabiskan banyak masa untuk menelaah fenomena ni. Menurut sumber yang dapat saya baca dari surat khabar, red tides ini sebenarnya adalah disebabkan oleh kehadiran mikroorganism yang diberi nama phytoplankton dinoflagellate. Antara ciri-ciri organism ini adalah ; 1. Ia adalah sejenis plankton. Plankton merupakna sejenis organisma yang hidup di bahagian permukaan air laut, lautan atau takungan air tawar. Bagi pengetahuan anda, plankton tidak boleh bergerak melawan arus pergerakan air. 2. Dinoflagellate adalah unicellular. Apa yang dimaksudkan adalah ia terdiri daripada satu sel sahaja. Ia mempunyai sangat banyak bentuk yang berbeza dengan nama yang berbeza juga. Dinoflagellate yang paling besar di dunia ini adalah noctilutica, iaitu mereka didapati dengan kebesaran sebesar 2 mm dalam diameter. Untuk organisma uncellular, 2 mm tu kira besar lah tu. 3. Dinoflaggelate menggunakan photosynthetic sebagai sumber makanan sama seperti tumbuhan, dalam masa yang sama, ada beberapa jenis dinoflagellate yang menghasilkan cahaya sendiri yang dipanggil sebagai bioluminescence. Bioluminescence itu merupakan benda yang sama yang menyebabkan kelip-kelip bercahaya. Tapi, walaupun dinoflagellate ini menggunakan proses photosynthetic yang menghasilkan oksigen dan karbohidrat, ia tetap boleh menjadikan aras oksigen di dalam air menurun. Ini kerana proses pereputan dinoflagellate yang dah mati akan memerlukan oksigen. Apatah dengan jumlah alga yang banyak. Sumber foto Pantai Maldive 4. Terdapat dinoflagellate yang menghasilkan makanan daripada photosynthetic, ada juga yang menjadikan plankton lain sebagai makanan atau makan organisma lain dengan menyengat mangsa. 5. Dinoflagellate membiak melalui proses asexual. Iaitu dengan cara membahagikan diri sendiri kepada beberapa bahagian, setiap bahagian akan membentuk organisma yang baru dengan karakter yang sama dengan badan induk. Sumber foto Phytoplankton Di negeri Sabah, fenomena laut merah ini adalah fenomena semulajadi yang kadang-kadang berlaku. Red tides ni juga baru sahaja berlaku pada bulan oktober tahun lalu 2012 di pantai berlaku disebabkan oleh mikroorganisma dinoflagellates yang secara semulajadinya berada di laut tiba-tiba membiak dengan cepat explosion. Ini menyebabkan jumlah populasi meningkat dengan sangat banyak yang dipanggil sebagai algal bloom. Dalam jumlah yang sangat banyak melebihi tahap selamat, organisma ini boleh mempengaruhi warna laut untuk tampak merah. Secara semulajadi, mikroorganisma ini tetap wujud, namun dalam jumlah yang sedikit dan tidak berbahaya. Namun, dalam jumlah yang banyak dan tepu, hidupan laut yang menjadikan dinoflagelatte sebagai makanan akan menjadi toksik disebabkan kandungan dinoflagellate yang tinggi dalam perutnya. Di perairan pantai barat Sabah juga, fenomena algal bloom ini selalu berlaku pada akhir tahun yang mana hujan dan hari yang panas kerap berlaku. Ia juga dikaitkan dengan ombak besar yang membawa nutrient ke perairan pantai. Nutrient yang tinggi, suhu yang panas dan cahaya matahari yang cukup menyediakan tempat yang sesuai untuk dinoflagellate ini membiak. Elakkan Makanan Laut Semasa Red Tides Jabatan Perikanan dan Jabatan Kesihatan di Sabah sudah menasihati semua orang untuk mengelak daripada memakan apa-apa jenis ikan shell atau bivalves dengan serta-merta. Makanan laut yang perlu dielakkan untuk makan termasuk tiram, ketam, kerang, kupang dan apa-apa jenis makanan laut yang mempunyai kerang. Di samping itu, semua orang harus menahan diri dari mengumpul kerang dan bivalves dari kawasan laut di Pantai Barat Sabah dengan niat untuk memakannya atau dijual kepada masyarakat umum sebagai makanan. Sekiranya pengguna ingin memakan ikan kerang, mereka dinasihatkan untuk memastikan bahawa bivalves ini tidak diperoleh dari perairan di Pantai Barat di Sabah. Walaupun ia tidak mungkin bagi anda menguji setiap kerang dan ikan dari laut sama ada ia bertoksin, Jabatan Perikanan di Sabah dengan ini mengisytiharkan bahawa air pasang ini terjadi di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas dan terdapat kemungkinan besar bahawa daerah-daerah yang berdekatan akan terjejas di masa depan . Pihak berkenaan juga menjangka bahawa kerang akan menjadi lebih toksik kerana dinoflagellates ini menjadi lebih banyak di laut. Soalan tambahan Kenapa algal bloom berlaku di pantai dan bukannya di laut dalam?Sebab alga memerlukan cahaya matahari untuk membiak. Manakala cahaya matahari pula tak boleh sampai ke laut dalam. Cahaya matahari cuma boleh mencecah 100-200 meter ke dalam air dipanggil sebagai photic zone, itu pun masih bergantung kepada kebersihan air tersebut. Pada mulanya, saya ingat plankton ini bermigrasi mengikut arus lautan, rupanya ia memang wujud secara semulajadi di permukaan air laut dan apabila ia membiak secara besar-besaran, maka barulah fenomena laut merah ini boleh terjadi. Sumber Baca juga Darah O Pengalaman Derma Darah Kali Pertama
Skip to content Salam, baca BeritaHarian dan blog kawan katanya Fenomena Kejadian Air Laut Merah / Red Tied Di Sabah akan melanda di kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah, antara kawasan yang dikesan iaitu di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah serta beberapa lagi kawan lain yang terlibat. Gambar Google Img Untuk warga sabah yang tinggal dikawasan tersebut, buat masa ini adalah tidak selamat untuk memakan makanan laut seperti ikan-ikan dan cengkerang, kerana ikanya dikhuatiri dicemari, tetapi makanan laut dari laut dalam seperti udang dan sotong masih boleh dimakan, pastikan ianya dibasuh dengan bersih dan dibuang organ dalamannya. âUinaaaa takutnya lah bah, mudahan lah nda berlarutan dan nda ada masalah lain yang timbulâ. â Tetiba cakap sabah hehee . â Kena bagitau Mak ni even Sandakan jauh dari Kota Kinabalu pun, beringat jelah kanâŚ. Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82 , thank you View all posts by yanmie
LABUAN Jabatan Perikanan Labuan kelmarin mengesahkan sampel air yang diambil dari perairan Labuan susulan fenomena air pasang merah di Sabah, kini bebas daripada sel pyrodinium bahamense var. compressum dinoflagelat yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Pengarahnya Faizal Ibrahim Suhaili lokasi mengambilan sampel air dilakukan di sekitar Batu Manikar, Tanjung Aru dan Lubok Temiang. Beliau berkata pihak jabatan memantau fenomena itu sejak air pasang merah dikesan pada 16 Feb lepas di sekitar perairan Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Pemantauan dan penilaian juga dilakukan terhadap sampel air yang diambil dari kawasan Tanjung Kubong dan Rancha-Rancha. âSetakat ini, kita telah melakukan yang terbaik untuk memantau keadaan tetapi orang ramai perlu dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan membersihkan makanan laut dengan teliti sebelum memakannya. Jabatan Perikanan Sabah pada 18 Feb mengeluarkan notis Amaran Fenomena Air Pasang Merah berikutan penemuan alga air pasang merah di beberapa perairan pantai sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran. Kes fenomena air pasang merah dilaporkan di Labuan pada 2015 membabitkan dua wanita di Kg Sg Miri berusia 59 dan 36 tahun, yang diberi rawatan sebagaivpesakit luar di Hospital Labuan selepas mereka disahkan menghidap keracunan kerang-kerangan paralitik PSP. Pasang merah ialah bunga alga berbahaya HAB yang terjadi di sepanjang kawasan pantai, dan ia terhasil daripada pengumpulan besar mikroorganisma akuatik, seperti protozoa dan alga unisel. Air pasang merah dinamakan sedemikian selepas warna kemerahan dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an. Toksin ini boleh membunuh ikan, kerang-kerangan berbahaya untuk dimakan, dan menyebabkan udara di sekeliling sukar bernafas untuk manusia dan haiwan. -BERNAMA
Read Time2 Minute, 43 Second KOTA KINABALU Jabatan Perikanan Sabah mengeluarkan Notis Amaran Air Pasang Merah Red Tide selepas penemuan alga air pasang merah di beberapa perairan pantai sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran. Fenomena yang berpunca daripada pertambahan populasi jenis alga tertentu boleh menghasilkan toksin berbahaya yang menjejaskan hidupan marin dan kesihatan manusia. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kehadiran Margalefidinium polykrikoides Cochlodium dan alga Pyrodinium bahamense dikenal pasti melalui sampel air yang diambil di beberapa lokasi sukan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan lain pada 16 Februari 2023. âAir pasang merah sering berlaku di perairan Pantai Barat Sabah terutamanya dari Sipitang, Kuala Penyu ke Tuaran atau Kota Belud. Kejadian air pasang merah di perairan Pantai Timur Sabah jarang berlaku dan tidak dilaporkan lebih 20 tahun,â katanya. Notis amaran itu dikeluarkan berdasarkan garis panduan dan prosedur yang ditetapkan, menunjukkan fenomena air pasang merah sedang berlaku di perairan Kota Kinabalu dan dijangka merebak ke perairan Tuaran. Kadar ketumpatan sel seliter bagi setiap sampel adalah berbeza di setiap lokasi. Ambang bahaya dipertimbangkan apabila bilangan sel melebihi 2,000 seliter untuk alga Margalefidinium polykrikoides dan 800 seliter untuk alga Pyrodinium bahamense. Jeffrey turut menjelaskan walaupun alga Margalefidinium polykrikoides tidak berbahaya kepada manusia, ia berbahaya kepada ikan, terutama yang diternak dalam sangkar. âFenomena dengan ketumpatan sel yang tinggi boleh menyebabkan kematian ikan yang tinggi kerana ikan bernafas melalui insang, dan alga yang melekat pada insang menghalang pernafasan,â katanya. Notis amaran itu sebagai peringatan kepada penternak di kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran supaya berwaspada dan mengelak sebarang kematian ikan yang boleh menyebabkan kerugian. Sebaliknya, alga Pyrodinium bahamense menimbulkan bahaya kepada manusia. Toksin daripada Pyrodinium bahamense boleh terkumpul dalam kerang seperti kerang, dan tiram, dan apabila dimakan oleh manusia, boleh menyebabkan Keracunan Kerang Lumpuh PSP. âSimptom PSP termasuk kesemutan, kebas, dan rasa terbakar di dalam mulut, bibir, dan lidah, diikuti dengan sakit kepala, pening, loya dan muntah. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan lumpuh pernafasan, koma, dan juga kematian. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang kerang-kerangan dari kawasan yang terjejas sehingga diberitahu kelak,â tegasnya. Bagi mengurangkan kesan air pasang merah, kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Perikanan telah mengambil beberapa langkah termasuk mengharamkan sementara penuaian, penjualan dan penggunaan kerang dari kawasan terjejas. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berenang di perairan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran sehingga diberitahu kelak. Kerajaan memantau dengan teliti keadaan dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu. Jeffrey mengingatkan orang ramai bahawa fenomena air pasang merah adalah kejadian semula jadi yang boleh diburukkan lagi dengan faktor seperti perubahan iklim dan aktiviti manusia, seperti pencemaran dan penangkapan ikan secara berlebihan. âAdalah penting bagi orang ramai untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan air pasang merah dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk melindungi kesihatan mereka dan alam sekitar. âJabatan Perikanan akan terus memantau keadaan dengan rapi dan akan mengambil tindakan lanjut jika perlu bagi memastikan keselamatan dan kelestarian sumber makanan laut kita,â katanya. Beliau turut menggesa nelayan dan peniaga makanan laut supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan produk mereka selamat untuk dimakan. âKita semua mesti memainkan peranan kita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita, dan untuk melindungi integriti rantaian bekalan makanan kita,â katanya.
PAPAR Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah. âOrang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah. âJika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,â katanya dalam kenyataan kepada di sini, semalam. Rabu lepas, dua kematian dilapor di Sepanggar, dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah. Rosnah berkata daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, termasuk Kuala Menggatal, Likas Bay, Papar dan Tuaran. Mengulas mengenai dua kematian yang dilaporkan itu, Rosnah berkata Jabatan Kesihatan negeri menerima satu notifikasi mengenai keracunan makanan akibatmemakan kerang laut yang tercemar melibatkan enam orang. Beliau berkata hasil siasatan yang dilaksanakan pada hari sama mendapati kesemua pesakit memakan kerang yang diambil di sekitar kawasan perairan Sepanggar pada jam 12 tengah hari pada 1 Jan. âAntara jam 3 hingga 6 petang 1 Jan, mereka mengalami tanda-tanda keracunan seperti kebas di leher, muntah, pening dan sesak nafas. Kesemuanyamendapat rawatan di hospital dan kenam-enam pesakit telah dimasukkan ke dalamwad,â katanya. Beliau berkata dua dari enam pesakit yang dimasukkan ke wad mengalami gejala yang teruk iaitu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami severe anaphylactic shock kejutan anafilaktik. âPesakit pertama, seorang budak lelaki berumur 14 tahun dibawa keluar dari Unit Rawatan Rapi atas permintaan keluarga pesakit dan meninggal dunia di rumah pada 2 Jan manakala pesakit kedua, seorang budak lelaki berumur 9 tahun, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi pada 4 Jan manakala empat pesakit lain dibawa keluar discharged,â katanya. Terdahulu, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar menghadiri program sumbangan peralatan sukan kepada persatuan belia sempena program Fiesta AstroBelia 1Malaysia, berkata empat pesakit berkenaan masih berada dalam pemerhatiankesihatan dan pemantauan pihak hospital. Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untukdianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangattinggi di dalam sampel kerang. âKawalan dan komunikasi risiko berkaitan bahaya kejadian air laut merah telah dilakukan kepada mereka yang terlibat dan pemimpin tempatan tamanperumahan yang berkaitan. Di samping itu, sebanyak 30 poster mengenai bahayakejadian air laut merah juga telah ditampal di kawasan tumpuan ramai di tamanberkenaan,â katanya. Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari masa ke semasa. â Bernama
fenomena laut merah di sabah